≡ Menu
HakimiNurazlan.Com

Apa Itu Lookalike Audience?

babiestwinsKetika anda upload Custom Audience saya pasti anda ternampak satu butang yang tertulis “Create Similar Audience”. Sekiranya anda menggunakan Custom Audience pasti anda tahu betapa pentingnya untuk dapatkan prospek yang highly responsive dan dahagakan produk anda melalui Custom Audience.

Create Similar Audience pula adalah satu kaedah di mana sekiranya anda telah habis mengiklan kepada semua prospek di dalam Custom Audience anda tersebut, Facebook boleh menjana dan mendapatkan prospek baru kepada anda secara automatik berdasarkan ciri-ciri Custom Audience anda yang asal.

Ini bermakna anda tak perlu susah payah nak create Custom Audience yang baru untuk pengiklanan kali kedua. Facebook akan tolong cari untuk anda. Ibaratnya mencari kembar untuk Custom Audience anda yang asal. Dan Similar Audience yang dicari oleh Facebook bukannya orang-orang biasa. Tetapi mereka yang pernah membeli dan berinteraksi di Facebook Ads.

Maka anda tahu audience yang kedua ini pasti juga highly targeted and responsive audience.

Lookalike (Similar) Audience

Mari kita lihat dulu apa kata Facebook sendiri mengenai Lookalike Audience?

Lookalike Audiences help you reach people who are similar to your current customers for fan acquisition, site registration, off-Facebook purchases, coupon claims and brand awareness.

Saya pakai Google Translate dan ubah sedikit supaya dapat faham:

Lookalike Audiences membantu anda mencari pelanggan yang serupa dengan pelanggan anda yang sekarang untuk pendaftaran laman web, pembelian di luar Facebook, tuntutan kupon dan kesedaran jenama.

Maknanya disini adalah Facebook akan menganalisa pelanggan dalam Custom Audience anda yang asal dan kemudian akan mencari pelanggan yang baru untuk anda.

Hebat, bukan?

Tapi sejauh mana keberkesanannya? Adakah audience yang dicari Facebook itu lebih responsive?

Mengikut laporan InsideFacebook.com, sebuah laman web percutian telah mendapat 70% lebih rendah kos CPA dan sebuah lagi laman web membeli-belah online berjaya menurunkan kos CPA sebanyak 56% dan kemudian mendapat conversion 94% lebih tinggi daripada sebelumnya.

Manakala sebuah lagi laman web fesyen pula telah menurunkan kos CPA mereka sebanyak 30%. Ini semua hanya menggunakan Lookalike Audience!

Algoritma Facebook untuk mencari Lookalike Audience yang unik ini besar kemungkinan lebih efektif dan targeted berbanding jika kita sendiri yang mencari.

Bagaimana Membina Similar Audience

Membina Similar Audience adalah amat mudah. Tetapi untuk menggunakannya anda hendaklah terlebih dahulu telah mempunyai Custom Audience sendiri. Jika belum, sila rujuk kepada post saya berkenaan Custom Audience di sini.

Apa yang perlu anda lakukan cuma pergi ke power editor terlebih dahulu.

Kemudian klik audiences.

customaudience

 

Kemudian anda pilih satu Custom Audience yang mana anda hendak buatkan Similar Audience. Setelah pilih, klik butang Create Similar Audience.

lookalike audience

Kemudian anda akan dilayari dengan popup seperti di bawah. Pilih yang mana anda rasa sesuai untuk mencapai target anda.

lookalike audience2

  • Country: Malaysia (Saya andaikan bahawa market anda berada di Malaysia. Jika luar negara, maka letaklah mengikut pilihan anda)
  • Optimize for: Similarity (Facebook akan mencari audience yang serupa dengan Custom Audience asal anda. Kemungkinan jumlahnya kecil, tetapi hasilnya lebih jitu)
  • Optimize for: Greater Reach (Facebook akan mencari audience dengan jumlah yang lebih ramai, tetapi audience tersebut kurang jitu berbanding audience yang asal)

Kedua-dua pilihan bergantung kepada target anda. Yang biasa saya buat adalah pilih kedua-dua nya sekali kerana kita boleh gabungkan kedua-dua jenis audience ini untuk membina satu Custom Audience yang baru.

Itu sahaja cara untuk membina Lookalike Audience. Mudah tetapi potensinya tinggi. Saya galakkan untuk anda mencuba untuk dapat prospek yang baru.

Sekiranya anda mencuba kongsilah dengan saya apakah hasil yang anda dapat? Adakah CTR anda melonjak naik?

 

1 comment… add one

Leave a Comment

Read more:
Target Prospek Yang Tepat #2 – Rahsia Precise Interests

Setelah kita telah belajar Teknik Ninja, saya ingin bongkarkan lagi satu teknik rahsia untuk target prospek yang tepat. Jikalau anda...

Close