≡ Menu
HakimiNurazlan.Com

Ayat Jualan Meletup #1 – Teknik Buat Orang Rasa Nak Tengok

lookingJika anda hendak menulis ayat jualan yang berkesan dan menarik pengguna serta-merta, salah satu cara yang anda boleh lakukan adalah dengan menulis ayat sambil menimbulkan perasaan ingin tahu kepada pengguna.

Perasaan ingin tahu inilah yang menjadi punca untuk pengguna tertarik dengan produk anda. Teknik ini dipakai oleh semua iklan-iklan sama ada di televisyen, buku, majalah, radio dan lain-lain.

Bagaimanakah cara untuk anda mengguna dan memanipulasi perasaan ingin tahu ini untuk menarik minat pengguna, meningkatkan trafik dan seterusnya melariskan jualan anda?

Teruskan membaca.

Rahsia Menimbulkan Perasaan Ingin Tahu Kepada Pelanggan

Menggunakan sifat manusia yang semulajadi ini akan meningkatkan perasaan bukan sahaja ingin membaca tentang produk anda, malah mengambil tindakan susulan untuk mengetahuinya. (membeli produk anda)

Sebab itulah pakar-pakar menggalakkan anda untuk menggunakan sifat ini pada tajuk blog anda. Kemudian disusuli pula dengan “bullet points” seperti ini:

  • Ini adalah bullet points

akan menyebakan tulisan ayat jualan anda kelihatan sangat menarik. Cara ini boleh juga diaplikasi di ayat jualan.

Apakah caranya untuk kita menulis ayat jualan yang menimbulkan sifat ini?

Anda mestilah menarik perhatian dan kemudian kekalkan perhatian itu.

Seperti yang kita semua ketahui, tajuk dan gambar akan menarik perhatian. Tetapi perasaan ingin tahu ini yang mengekalkan perhatian.

Bagaimana Menulis Ayat Jualan Yang Menimbulkan Perasaan Ingin Tahu

Terdapat satu formula yang anda boleh ikuti, dan ia selalunya berkesan:

[Produk/Tarikan Baru] + [Hasil Yang Memberangsangkan] = [Perasaan Ingin Tahu]

Untuk menggunakan formula ini, saya bagi contoh di bawah:

  • Pernahkah anda terfikir bagaimana hendak mendapatkan [Hasil Yang Memberangsangkan] dengan [Produk/Tarikan Baru]
  • Bagaimana saya menjana [Hasil Yang Memberangsangkan] dengan [Produk/Tarikan Baru]
  • Jikalau anda mendengar [Produk/Tarikan Baru] yang boleh menghasilkan [Hasil Yang Memberangsangkan], tidakkah anda mahu tahu?
  • Bagaimana saya bermula daripada kosong kepada [Hasil Yang Memberangsangkan] dengan [Produk/Tarikan Baru]

Tak susah bukan?

Apa pendapat anda? Bolehkah anda fikirkan satu ayat jualan yang menimbulkan perasaan ingin tahu? Tinggalkan komen anda di bawah.

 

3 comments… add one

Leave a Comment

Read more:
Tingkatkan Sales Online Anda Sebanyak 599% Dengan Menggunakan Ini

Tahukah anda terdapat satu strategi untuk meningkatkan jualan online anda setinggi 599%? Jangan risau, saya jamin tiada teknik-teknik merapu atau...

Close