≡ Menu
HakimiNurazlan.Com

Cara Paling Mudah Dan Pantas Untuk Meningkatkan Jualan Di Facebook Ads

ID-10068824Ramai orang yang bertanyakan apakah cara untuk meningkatkan jualan menggunakan Facebook Ads? Selain menggunakan teknik ayat jualan meletup, di antara cara yang paling mudah dan pantas yang anda boleh lakukan segera adalah dengan melakukan teknik ini.

Teknik ini pasti dan terbukti untuk meningkatkan jualan, dan ini adalah teknik yang wajib anda ketahui dan lakukan sekarang juga.

Ia tersangatlah mudah.

Rahsia Power Editor

Tahukah anda terdapat satu tool yang disediakan oleh Facebook untuk memudahkan anda menguruskan kempen Facebook Ads anda. Tool ini dinamakan Power Editor dan hanya boleh diakses menggunakan Google Chrome.

Layari https://www.facebook.com/ads/manage/powereditor/ menggunakan Google Chrome. Anda rugi kalau tidak menggunakan Power Editor kerana tool ini amat berguna dan mempunyai kelebihan berbanding menggunakan Facebook Ads yang biasa.

Apabila anda sudah melayari Power Editor, silakan pergi segmen Placement yang terletak di bawah.

powereditor

Sudah jumpa?

Teknik yang saya hendak perkatakan adalah ini:

Pastikan anda tandakan Placement Ads anda supaya hanya muncul di News Feed (Desktop and Mobile).

Itu sahaja.

Mengapakah Ini Begitu Penting?

Kerana apa yang saya dapat perhatikan apabila menjalankan eksperimen, Facebook Ads yang muncul di News Feed lah yang paling banyak melariskan jualan berbanding yang terletak di kolum sebelah kanan. Ini mungkin terjadi disebabkan perubahan ini masih baharu lagi. Mungkin juga disebabkan kita sudah terlalu biasa melihat iklan kecil yang berada di kolum kanan sehingga kita tidak mahu melihat lagi.

Iklan yang muncul di News Feed nampak lebih semulajadi. Iklan tersebut nampak seperti status updates yang biasa, kurang agrssif, dan dapat memikat pengguna Facebook untuk melihat iklan tersebut.

Manakala iklan yang muncul di kolum kanan tidak mendapat perhatian lagi.

Buat masa sekarang, inilah pilihan yang paling baik. Segera lihat Power Editor anda dan pastikan anda memilih pilihan yang saya syorkan.

Selain daripada Ad Placement, terdapat banyak lagi fungsi-fungsi Power Editor yang anda boleh gunakan untuk kelebihan anda. Kita akan berbincang lebih mengenai Power Editor dan saya akan tunjukkan kelebihannya di post yang akan datang.

Apakah pendapat anda? Adakah anda menggunakan Power Editor atau tidak? Tinggalkan komen. Beritahu juga hasilnya selepas anda menukar Ad Placement seperti yang saya syorkan.

 

11 comments… add one
  • syamin

    kne donlod dlu ke power editor ni?

  • wan

    kenapa xder pn placement

    • mesti ada placement.. ketika nk buat ad.. cuba tgk skali lg..

      • Nas

        Saya pun xdapat cari ”Placement” tu ..kt mana ? bozz tlg jap.

  • khairul

    terima kasih tuan.sekali lagi perkongsian yang sngat bermanfaat 🙂

  • Wahh..terima kasih ya, sangat bermanfaat untuk peniaga online 🙂

  • baizura

    slm en sy baru lagi nk berniaga on9 di fb…tp sy xfaham cara iklan ni..blh en ringkas kan step by step…tq

  • jameela

    salam. saya tak jumpa placement. minta pencerahan.

  • fieza

    salam. sy baru je nk try fb ads. tp cara yg sy nk cuba ialah melalui instagram. ada cara menggunakan fb ads. iaitu ads manager. dlm tu ada setting utk power editor. tetapi akaun fb sy xde ads manager dbwh news feed. xtau mane nk cari app tu. boleh bantu sy. terima kasih atas ilmu yg dberikan.

  • Rahana ismail

    Tlg Saya…

Leave a Comment

Read more:
5 Tips Untuk Mengalirkan Trafik Facebook Kepada Blog Anda

Bergantung kepada Facebook Page saja tidak cukup untuk mendapatkan jualan yang tinggi. Untuk meningkatkan jualan, anda mestilah menarik trafik yang...

Close