≡ Menu
HakimiNurazlan.Com

Panduan Asas Facebook Ads

FacebookAdsRamai yang bertanyakan saya tentang bagaimana untuk memulakan pengiklanan di Facebook. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk membuat satu panduan asas mengenainya.

Pada post kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuat iklan di Facebook dari mula supaya anda boleh ikut dan belajar A-Z.

Sebelum bermula, ingin saya kongsikan satu fakta menarik mengenai pengiklanan di Facebook.

Mengapa dan apakah kelebihan membuat iklan di Facebook?

Fakta Mengenai Facebook

  • Mencapai 1 Billion pengguna Facebook
  • 500 Juta menggunakan Facebook setiap hari
  • 350 Juta menggunakan smartphone untuk mengakses Facebook
  • 100 Juta “Likes” setiap hari
  • 2 Billion post setiap hari
  • Apabila seseorang “Likes” sesuatu bisnes, mereka akan cenderung untuk berbelanja
  • Malaysia negara ke 19 paling ramai menggunakan Facebook (2013)

Oleh itu, mari kita mulakan.

Langkah 1

Layari ke https://www.facebook.com/ads/create/ untuk membuat iklan. Anda juga boleh klik di butang yang berbentuk gear di sudut atas kanan dan pilih Create Ads.

ads1

Sekiranya anda tidak pernah membuat iklan di Facebook sebelum ini, anda akan dapati menu anda sedikit berbeza. Jika anda tidak dapat mencari “Create Ads” pada menu anda, pilih “Advertise” pada menu anda seperti contoh di bawah.

ads5

Anda akan dibawa ke page seperti di bawah. Seterusnya, pilih Create an Ad.

ads4

Langkah 2

Anda akan dipaparkan menu pengiklanan seperti yang di bawah. Pilih matlamat yang sesuai untuk iklan anda.

ads2

Di sini anda boleh memilih matlamat pengiklanan Facebook anda. Setiap pilihan mempunyai matlamat yang spesifik dan berbeza. Berikut adalah senarai pilihan dan kegunaannya:

  • Page Post Engagement : Matlamat pengiklanan adalah untuk mempromosikan sesuatu post di Fan Page. Hanya untuk mereka yang memiliki Fan Page sahaja. Seperti contoh di bawah, saya telah memilih salah satu Fan Page saya. Kemudian, pilih salah satu post di Timeline Fan Page untuk dipromosi. ads8Tekan butang dropdown untuk menunjukkan senarai post yang anda boleh pilih. ads9Anda boleh juga membuat post baru serta merta dengan menekan butang “+” di tepinya.ads10Jika anda memilih untuk membuat post baru, popup akan muncul dan anda boleh terus untuk membuat post baru di ruang yang disediakan.ads11Pilih matlamat ini jika anda hendak mempromosikan salah satu post di Timeline Fan Page anda.
  • Page Likes : Matlamat pengiklanan adalah untuk mempromosikan Fan Page. Pilih matlamat ini jika anda hendak mempromosikan jenama atau hendak meningkatkan jumlah “Likes” di Fan Page anda.ads7
  • Clicks To Website : Matlamat pengiklanan adalah untuk mempromosikan website anda. Iklan jenis ini adalah berguna untuk mereka yang mempunyai laman web sendiri. Sebagai contoh blog, ecommerce, atau apa-apa sahaja website yang anda miliki. Tujuannya adalah untuk menarik pengunjung untuk melayari laman web anda.ads12Pilih matlamat ini sekiranya anda hendak membuat iklan untuk mempromosikan laman web anda.
  • Website Conversions : Matlamat pengiklanan ini adalah sesuai untuk mempromosikan website anda dan untuk melihat hasilnya sekaligus. Pilihan ini adalah sesuai jika anda menggunakan Squeeze Page atau Landing Page. Anda perlu meletakkan Tracking Pixel di page “Terima Kasih” supaya Facebook dapat mengira berapa ramai yang telah sampai ke laman “Terima Kasih” anda. Sekiranya anda tidak menggunakan Landing Page atau Squeeze Page, cukuplah dengan anda hanya perlu gunakan matlamat “Clicks To Website”.ads13
  • App Installs : Matlamat pengiklanan ini hanya untuk mereka yang mencipta app di Facebook. Matlamat pengiklanan ini adalah untuk mempromosi dan meningkatkan pengguna app anda.ads14
  • App Engagement : Begitu juga dengan matlamat ini, lebih sesuai untuk developer mempromosikan app mereka di Facebook. Sekiranya anda seorang developer app, maka gunakanlah matlamat ini untuk mempromosi dan meningkatkan penggunaan app anda.ads15
  • Event Responses : Matlamat pengiklanan ini adalah untuk meningkatkan kehadiran tetamu di majlis anda. Ini lebih sesuai untuk konsert-konsert besar, konvokesyen, Job Fair atau Career Fair daripada majlis kahwin. Anda boleh guna sekiranya majlis kahwin anda ialah “open” konsep.ads16
  • Offer Claims : Matlamat ini adalah mereka yang mempunyai tawaran untuk kedai anda. Sebagai contoh, beli satu percuma dua.ads17

Biasanya saya hanya memilih Page Likes ataupun Clicks to Website ketika membuat iklan. Ini terpulang kepada matlamat anda. Walaupun apa jua matlamat anda, cara membina iklan adalah sama sahaja. Yang berbeza cuma matlamat dan beberapa pilihan berdasarkan matlamat anda. Sebagai contoh, jika anda memilih Page Likes, anda boleh memilih beberapa gambar untuk iklan anda. Jika memilih Page Post Engagement, anda tidak boleh menukar sebarang perkataan di iklan anda. Oleh itu, untuk pilihan yang paling fleksibel dan paling sesuai adalah:

  • Page Likes : sekiranya bisnes anda di Fan Page
  • Clicks to Website : sekiranya bisnes anda di website sendiri
  • Page Post Engagement : sekiranya anda ingin mempromosi salah satu post di Fan Page

Suka saya ingatkan tiada perbezaan yang ketara antara satu sama lain ketika membuat pengiklanan, yang berbeza cumalah matlamatnya sahaja. Anda boleh cuba-cuba dan lihat sendiri pilihan-pilihan yang lain.

Untuk contoh ini, kita akan memilih Page Likes.

Langkah 3

Setelah memilih matlamat Page Likes, kita akan dipaparkan dengan pilihan seperti di bawah.

ads18

Di bahagian Select Images, kita boleh memilih beberapa gambar dan imej untuk tujuan pengiklanan. Gambar adalah salah satu komponen yang amat penting untuk iklan yang meletup. Terdapat teknik yang spesifik untuk memilih gambar yang menarik perhatian, dan saya ada membincangkan mengenai gambar untuk tujuan iklan di Facebook di sini.

Seterusnya dibahagian Edit Text And Links.

ads19Pada segmen Headline dan Text anda boleh letak copywriting anda di sini. Copywriting bermaksud menulis ayat spesifik bertujuan untuk membuat jualan. Di sini juga terdapat teknik yang spesifik untuk digunakan kerana kedua-dua ini adalah salah satu komponen yang penting untuk pengiklanan Facebook. Saya ada bincangkan mengenai strategi copywriting di sini.

Untuk Landing View, sekiranya anda mempunyai beberapa tab di Fan Page anda, anda boleh memilihnya di sini. Jika tidak, tak perlu memilih. Pastikan anda pilih Unhide Advanced Options untuk melihat Landing View ini.

Ad Placement pula adalah anda memilih di mana iklan anda akan muncul. Jika anda memilih News Feed, iklan anda akan muncul di NewsFeed seperti post-post rakan anda di Facebook. Jika Right Column pula, iklan anda akan muncul di sudut kanan di Facebook.

Kedua-dua Ad Placement ini mempunyai teknik dan strategi yang spesifik dan advanced tentang bagaimana, bila dan apakah cara terbaik untuk menggunakannya. Saya akan bincang mengenainya di post akan datang.

Seterusnya, kita akan pergi ke segmen Create Your Audience.

ads20

Begitu juga dengan pemilihan Audience, di sinilah kuncinya untuk berjaya dalam pengiklanan Facebook. Sekiranya anda tidak target kepada audience yang tepat, anda tidak akan berjaya membuat jualan. Terdapat pelbagai teknik untuk mencari audience, dan saya ada bincangkannya di sini.

Kita ke segmen terakhir, iaitu Campaign dan Bidding and Pricing.

ads22

Untuk Campaign, anda boleh memilih nama yang anda rasakan sesuai dan senang untuk anda buat rujukan. Anda tidak perlu mengikuti apa yang dicadangkan oleh Facebook.

Budget pula mengikut kemampuan anda. Saya biasa letak $5 – $20 sehari.

Untuk Schedule pula pastikan anda pilih Run my campaign continuously starting today untuk terus beriklan setelah iklan kita di approve oleh Facebook.

Untuk Bidding and Pricing, terdapat beberapa strategi yang berlainan yang boleh digunakan. Saya ada bincangkan mengenai strategi ini di sini.

Setelah semuanya selesai, Klik Place Order untuk hantar iklan kita untuk di review oleh Facebook. Sekiranya iklan kita lulus, maka kita akan mendapat notis dan boleh mula untuk diiklankan. Iklan kita haruslah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Facebook. Saya ada bincangkan mengenai kesilapan yang sering dilakukan yang menyebabkan iklan kita tidak diterima Facebook di sini.

Inilah panduan asas untuk bermula iklan di Facebook. Tetapi anda digalakkan untuk belajar strategi pengiklanan di Facebook kerana ia amat berlainan. Di blog saya ini saya banyak membincangkan mengenai strategi iklan Facebook maka bolehlah anda membuat rujukan di sini. 🙂

 

2 comments… add one
  • wan

    Salam, saya nak tanya kalau utk page baru, ads mana yang sesuai? Adakah Page post engagement @ page likes?

    Saya ada terbaca tak ingat kat mana, katanya page likes melibatkan kos yg tinggi betul ke?

    • Bergantung kepada cara promosi. Adakah nak tingkatkan likes atau nak promosikan sesuatu post?

Leave a Comment

Read more:
Selamatkan Bisnes Online Anda Dengan Email List

Baru-baru ini, Facebook telah melakukan rombakan besar terhadap Fan Page. Mana-mana Fan Page yang didapati mendapatkan Likes secara "tak sah",...

Close