≡ Menu
HakimiNurazlan.Com

Rahsia Untuk Menaikkan Harga Produk Anda 73%

how-to-salesAdalah satu pengetahuan umum bahawa harga produk merupakan satu permainan psikologi manusia.

Jika harga anda terlalu rendah, orang ramai mungkin fikir produk anda tidak berkualiti. Jika ia terlalu tinggi, mereka pula mungkin berfikir anda mencekik darah.

Tetapi, andaikan produk anda memang selayaknya berharga tinggi.

Bagaimanakah anda boleh meningkatkan harga anda?

Dan orang ramai senang hati membayarnya?

Kuasa Persepsi

Katakan anda sedang berehat di rumah malam-malam selepas balik kerja tengok tv. Sahabat baik anda tiba-tiba membuat panggilan telefon dan berkata,

“Bro, jom lepak minum?”

Satu-satunya tempat yang paling dekat dengan rumah anda untuk lepak minum teh tarik atau kopi ais adalah sebuah warung tepi longkang. Berapa banyak wang yang anda akan berikan rakan anda untuk teh tarik atau kopi ais tersebut?

Ingat berapa banyak yang anda telah berikan dan kemudian baca semula soalan itu. Kali ini, gantikan “warung tepi longkang” dengan “hotel mewah.” Berapa banyak wang yang anda akan berikan kepada rakan anda sekarang? Adakah lebih daripada sebelum ini?

Kebanyakan orang mengatakan ya. Ada kajian dijalankan mendapati bahawa harga makanan di hotel mewah adalah lebih kurang 73% lebih tinggi daripada harga warung tepi longkang ini.

Aneh, kan? Anda sanggup untuk membayar dua harga yang sangat berbeza untuk kopi ais yang sama kerana peranan persepsi anda mempengaruhi harga tersebut.

Maka melalui pemerhatian ini, terbuktilah satu-satunya cara untuk menaikkan harga produk anda adalah dengan mendirikan persepsi terhadap produk anda (atau perkhidmatan).

Jadi terus membaca untuk belajar bagaimana untuk melakukannya.

Pilih Perkataan Anda

Apa yang anda perlu buat hanyalah cuma mengubah beberapa patah perkataan dan orang ramai akan membayar lebih mahal untuk kopi ais yang sama …

Apakah yang membuatkan perkataan ini begitu istimewa? Setiap perkataan akan mencetuskan memori yang memberitahu anda berapa banyak wang yang anda perlu bayar untuk kopi ais ini. Dalam kes  ini, “hotel mewah” mencetuskan persepsi harga yang lebih mahal daripada “warung tepi longkang” kerana “mewah” kedengaran lebih mahal daripada “tepi longkang”.

Apabila anda mahu menaikkan harga produk online anda, pilihlah perkataan dalam penerangan produk online anda yang menunjukkan persepsi harga yang anda mahukan. Berikut adalah dua contoh:

  • Ebook – Berapa banyak orang yang anda tahu yang menjual ebook? Adakah mereka memanggilnya ebook? Orang-orang yang bijak berniaga tidak akan memanggil ebook. Mereka menggunakan perkataan lain yang bunyinya lebih mahal. Sebagai contoh, mereka memanggilnya: “modul”, “laporan” atau “latihan”.
  • Perunding – Istilah ini adalah terlalu generik. Itulah sebabnya perunding menggunakan perkataan lain untuk menjual perkhidmatan mereka. Sebagai contoh, sesetengah memanggilnya “nasihat”, “strategi” atau “kunci”.

Wujudkan Satu Produk Yang Bernilai

Bukan sahaja anda perlu memilih perkataan yang betul, anda juga perlu wujudkan produk yang pada tanggapan orang sebagai berharga. Selalunya, perkataan-perkataan akan melakukan kerja “penarikan”, tetapi ia tidak selalunya mudah. Kadang-kadang anda perlu sedikit usaha tambahan untuk mewujudkan persepsi ini. Biar saya jelaskan.

Minggu lepas saya pergi makan di sebuah restoran. Suasananya santai dan tenang. Pekerjanya pandai melayan pelanggan. Saya makan Fish & Chips. Makanannya sedap dengan sos tartar dan pelayan tersebut kemudian memberikan saya percuma semangkuk kentang.

Sedap bunyinya? Anda mesti tertanya-tanya apakah bezanya dengan restoran lain?

Jawapannya adalah restoran ini lebih mahal daripada restoran yang biasa. Tetapi saya tidak keberatan untuk membayar harga mahal kerana saya suka dan menghargai perkhidmatan mereka.

Apa yang biasa orang suka?

Orang suka satu perkara: untuk dilayan dengan baik.

Bagaimana untuk melakukannya?

Satu contoh yang baik adalah dengan menangani aduan pelanggan secara peribadi kerana ini akan menunjukkan yang anda bersedia untuk menghabiskan masa anda dengan membantu mereka dan memberi layanan yang istimewa.

Kesimpulannya

Anda boleh meningkatkan harga produk anda dengan menceritakan kisah di sebalik produk anda. Tip mudah ini boleh diguna pakai pada banyak tempat yang lain.

Sekarang bagaimana pula dengan anda? Pernahkah anda melihat teknik ini dipakai di mana-mana? Adakah anda ada menceritakan kisah untuk meningkatkan harga anda? Apa komen anda?

0 comments… add one

Leave a Comment

Read more:
Tingkatkan Sales Online Anda Sebanyak 599% Dengan Menggunakan Ini

Tahukah anda terdapat satu strategi untuk meningkatkan jualan online anda setinggi 599%? Jangan risau, saya jamin tiada teknik-teknik merapu atau...

Close