≡ Menu
HakimiNurazlan.Com

Teknik Untuk Menukar Nama Facebook Fan Page Yang Melebihi 200 Likes

[Update Terkini: 16/5/14. Facebook telah update dan cara ini tidak berfungsi lagi. Sekiranya anda tahu cara yang lain sila hubungi saya :)]

Facebook Fan Page telah menjadi suatu platform yang biasa digunakan untuk mempromosi sesuatu bisnes atau servis.Landmark, Milestone, 200

Akan tetapi apabila sesuatu FB page telah mendapat lebih 200 Likes, kita akan menghadapi kesulitan apabila hendak menukar nama FB page tersebut. Ini kerana Facebook sendiri tidak membenarkannya atas sebab-sebab yang tertentu.

Di post ini saya akan tunjukkan satu teknik yang terbukti berkesan untuk menukar nama FB page anda yang telah melebihi 200 Likes.

Langkah-Langkah Menukar Nama Facebook Fan Page Yang Melebihi 200 Likes

Ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk menukar nama FB page anda, pastikan ikut betul-betul supaya anda tidak tersilap langkah dan merosakkan FB page anda sendiri.

1. Setkan Proxy Menggunakan Google Chrome

Anda perlu gunakan Google Chrome untuk melakukan teknik ini.

Buka Google Chrome dan taipkan “chrome://settings/search#proxy

Klik “Change Proxy Settings”dan kemudian “LAN Settings“.

Klik “Use a proxy settings for LAN” dan letakkan di ruang Address “112.175.251.56” dan Port “8080“.

tukarnama1

Anda boleh gunakan apa-apa sahaja proxy asalkan daripada Jepun. Pada contoh ini saya memilih proxy “112.175.251.56”. Ketika menulis post ini, proxy ini masih lagi boleh digunakan. Sekiranya tidak anda boleh memilih proxy daripada Jepun daripada laman web di bawah ini:

http://gatherproxy.com/proxylist/country/?c=Japan

2. Buka Facebook Page dan Update Info

Buka Facebook Page yang anda hendak tukarkan namanya dan pergi ke “Update Page Info” di bawah Edit Page. Tukar kategorinya kepada “Local Business” untuk kedua-dua tempat kosong.

Padam makluamt yang terdapat di “Address” sekiranya ada dan kemudian klik “Save Changes“.

tukarnama2

3. Terjemah Nama Facebook Page

Di dalam langkah ini anda tukarkan nama Facebook page anda. Untuk menukar , klik kepada “Translated Name” dan anda akan mendapat 4 bahasa di situ. Pilih satu bahasa dan taipkan nama baru untuk Facebook Page anda dan diikuti dengan Simbol seperti di bawah:

Untuk Japanese tambah  ッ .
Chinese  人.
Korean  ㅿ.
Arabic  ـا

Sebagai contoh, sekiranya nama baru Facebook Page saya ialah Durian Runtuh dan saya letakkan di Japanese, maka nama Facebook Page baru saya adalah “Durian Runtuh ッ”.

tukanama4

4. Alih Bahasa Kepada Yang Dipilih

Pergi ke bahagian bawah sekali di Facebook dan anda akan ternampak perkataan English(US). Anda perlu menukarkannya kepada bahasa yang anda gunakan untuk menamakan Facebook Page anda tadi.

Sebagai contoh saya telah menggunakan Japanese maka saya akan memilih Japanese sebagai bahasa saya.

tukanama5

5. Tukar Alamat Fan Page Tersebut

Selepas penukaran bahasa dibuat, setiap perkataan di Facebook anda akan bertukar menjadi bahasa pilihan anda tadi. Untuk langkah seterusnya, anda hendaklah menukar alamat FB page anda tersebut.Klik pilihan yang kelima daripada atas di ruang “Edit Info“.

Jika anda memilih Korean atau Japanese atau Chinese :

Untuk kotak yang pertama letakkan “00000″.
Letakkan “Amman,Jordan” di kotak kedua.
Di kotak ketiga taipkan“Jordan” .

Sekiranya anda memilih Arabic :

Di kotak yang pertama taipkan “Jordan“.
Taipkan “Amman, Jordan” di kotak yang kedua.
Di kotak yang ketiga taipkan “00000

Kemudian tekan save.

Seterusnya tukar balik bahasa yang dipilih kepada English(US) dan anda akan lihat nama page anda sekali dengan simbol mengikut pilihan bahasa anda.

tukanama6

6. Memadamkan Simbol di Hujung Nama FB Page Anda

Ikuti langkah di bawah untuk memadamkan simbol di hujung nama FB page anda:

1.Padamkan alamat di ruang “Address“.Remove the address you entered now from the Address category and make it empty.
2.Padamkan peta daripada ruang Address dan klik “Turn Off“.
3.Klik “Translated Name” dan anda akan menemui bahasa “English”.
4.Padamkan symbol daripada perkataan tersbut dan tekan save.
5.Tukar alamat kepada “Newyork” , City/Place kepada “Newyork, Newyork” dan kemudian save.

Anda sekarang sepatutnya telah berjaya menukar Facebook Page anda kepada nama yang baru. Sekiranya ada langkah yang anda tidak fahami anda boleh tinggalkan komen di bawah, dan saya berbesar hati untuk menolong anda.

 

7 comments… add one
  • Jay

    Salam..translete nama untuk Jepun jadi…untuk English dia takde optian pun lepas klik translete name tu 🙁
    camna eh? mohon tolong saya

  • lin

    saya buat pon tak bole? bole bantu tak? lg satu musykil , lepas kita letak nama baru tu, tekan save changes dulu ke atau terus translate.
    sy buat sy tekan save dulu, then sy ikut step yg tukar alamat tu. takde option english pon. bole bantu?

  • Dkitos

    Salam…
    saya sudah cuba buat
    tetapi bahagian Translated Name, tiada la

  • Dah cuba buat seperti disuruh, step by step, tapi tak menjadi.
    Bila letak amman jordan tu, dan tukar balik kpd bahasa asal English (UK), takde perubahan pada title.

  • Menjadi ka cara camni???

Leave a Comment

Read more:
2016 : Tahun Strategi Instagram

Baru-baru ini untuk mencari keuntungan di Facebook telah menjadi amat sukar. Jika anda telah mengikuti saya selama ini, anda pasti...

Close