≡ Menu
HakimiNurazlan.Com

Tingkatkan Jualan Dengan Kuasa Facebook Power Editor

Pernahkah anda mendengar Power Editor? Sudahkah anda menggunakannya?

Jika ya, anda bijak. Jika belum, bila lagi? Sudah tiba masanya untuk anda belajar menggunakannya dengan efektif untuk tingkatkan jualan di Facebook.

Tak dinafikan memang banyak kelebihan Power Editor ini. Tetapi ada satu kelebihan yang saya nak highlight di sini yang boleh digunakan untuk meningkatkan jualan anda serta merta.

Kelebihan yang saya maksudkan itu adalah membina Custom Audience dengan menggunakan Power Editor.

Dengan Custom Audience anda boleh target customer anda dengan tepat seperti pakai laser. Ini akan membantu meningkatkan jualan melalui Facebook Ads anda kerana anda target kepada customer yang memang berminat dan bersedia untuk membeli produk atau servis daripada anda.

Terdapat dua cara untuk membina Custom Audience.

Membina Custom Audience

Layari https://www.facebook.com/ads/manage/powereditor/ menggunakan Google Chrome. Power Editor hanya paling sesuai digunakan bersama Google Chrome. Browser lain boleh juga digunakan, tetapi ciri-cirinya tidak akan muncul lengkap seperti yang dipaparkan oleh Google Chrome.

Apabila berada di Power Editor, klik Audiences.

customaudience

Kemudian klik Create Audiences dan pilih Custom Audience.

customaudience2

Kemudian popup ini akan muncul.

customaudience3

Disinilah anda perlu masukkan target audience anda. Anda boleh masuk menggunakan:

  • Email – Email target market (hanya untuk mereka yang mempunyai blog)
  • UID – Facebook User ID
  • Phone Numbers – Nombor telefon target market

Sekiranya anda tidak mempunyai blog atau email target market maka yang paling senang untuk kita dapatkan ialah UID. UID yang kita hendak cari adalah mereka yang aktif like page yang berkaitan dengan niche anda, dan mereka yang paling banyak komen di page tersebut.

Apa yang kita hendak capai di sini adalah untuk mengenalpasti target market melalui UID untuk niche anda.

Katakan anda menjual produk kelangsingan badan. Maka anda perlulah mendapatkan UID mereka yang berminat untuk melangsingkan badan. Anda boleh mendapatkannya di Facebook fan page yang berkaitan dengan diet, kelangsingan badan, kesihatan dan lain-lain. Inilah target market anda.

Sebagai contoh, kita layari satu page yang berkaitan dengan diet. Lihat gambar di bawah.

customaudience4

Apabila kita scroll down kita akan dapat lihat mereka yang komen di page ini.

customaudience5

Info penting yang kita hendak dapatkan ialah UID mereka yang aktif di page ini seperti di dalam contoh, saya sudah highlightkan dengan kotak merah.

Bagaimanakah kita hendak mendapatkan UID mereka? Di sinilah saya akan tunjukkan rahsia cara untuk dapatkan UID mereka. Info ini paling senang nak dapat kalau dibandingkan dengan Email atau nombor telefon.

Mengenal Pasti Target Market Anda Dan Mendapatkan UID

Mendapatkan UID adalah cara terbaik untuk mengenalpasti target market anda. Kerana UID yang kita dapat bukannya dari page lain, tetapi page yang berkaitan dengan niche. Sebab itulah kempen Ads kita akan lebih berjaya apabila kita target betul-betul.

Seperti biasa, cara yang saya akan tunjukkan adalah cara yang percuma. Terdapat juga cara menggunakan software yang berbayar. Menggunakan software itu amat memudahkan prosesnya. Tapi kita akan tengok dulu cara yang pertama iaitu cara yang percuma.

Cara Pertama:

Pilih satu user dan kemudian buka page user tersebut. customaudience6

Info yang anda perlukan cumalah ini. Lihat gambar di bawah.

customaudience7

Selepas itu, anda buka tab baru, tulis graph.facebook.com/____________. Pada tempat kosong anda letakkan nama user tadi. Dalam contoh ini maka yang perlu anda tulis adalah graph.facebook.com/lori.kilian.

customaudience8

Anda boleh nampak UID nya terpampang di situ (dalam kotak merah). Nombor itulah yang kita perlukan untuk dimasukkan di dalam senarai Custom Audience kita.

Tetapi proses ini amat memakan masa dan memenatkan. Biasanya anda perlukan dalam 2000 UID untuk sesuatu kempen Ad. Pasti tak larat nak dapatkan satu persatu UID melalui Facebook. Lihat satu contoh kempen saya yang mempunyai 43600 UID.

customaudience2

Cara Kedua:

Cara ini memerlukan satu software yang bernama Social Lead Freak. Dengan menggunakan sofware ini, proses mendapatkan UID menjadi amat mudah. Kita lihat dulu bagaimana software ini boleh extract UID target market kita.

Mula-mula buka software dan kemudian login dalam akaun facebook anda. Kemudian taip niche market kita di kotak Keyword sebagai contoh diet. Di contoh bawah saya tulis paleo diet supaya dapat jumpa page paleo diet yang kita pergi tadi.

slf

Kemudian klik butang kanan mouse dan pilih Extract.

slf2

Anda akan dapat pertanyaan seperti di bawah. Klik Yes.

slf3

Kemudian proses Extract pun bermula dan anda hanya perlu tunggu sementara Social Lead Freak mendapatkan UID di page tersebut. Itu sahaja. Senang kan?

slf4

Setelah selesai, anda save di mana yang anda suka. Biasa saya save di folder My Documents.

slf5

Jika anda buka file tersebut anda akan dapati Social Lead Freak telah berjaya mendapatkan kesemua UID yang like page tersebut dan yang paling penting yang aktif sahaja. Aktif di sini bermakna user yang sering berinteraksi di page tersebut. User inilah yang kita mahukan. Kita tidak mahu user yang pasif kerana kemungkinan mereka ini tidaklah berminat dengan produk kelangsingan badan kita. Mereka ini cuma like sekadar suka-suka sahaja. User yang tidak aktif dan tidak pernah komen di page itu tidak akan di extract. Inilah kelebihan Social Lead Freak. Dengan sekali extract, kita telah berjaya mendapatkan dalam 1000 UID.

slf6

Setelah itu, anda upload file ini di Create Audience yang saya tunjuk tadi di Power Editor. Pilih Type sebagai UID. Kemudian tekan Create.

customaudience9

Setelah selesai, anda akan nampak Custom Audience anda diupload ke Facebook. Ini akan memakan masa dalam setengah jam. Setelah selesai upload, anda boleh menggunakan Custom Audience ketika membuat Ads. Custom Audience akan muncul di bawah Precise Interests.

customaudience10

Jika anda berminat untuk mendapatkan Social Lead Freak, saya tawarkan software ini dengan harga istimewa. Dengan hanya sedikit pelaburan anda boleh dapatkannya di sini. Selain menggunakan software Social Lead Freak ini, anda juga boleh target market anda dengan menggunakan Teknik Ninja dan Teknik Precise Interests. Kedua-dua teknik ini tidak perlu gunakan Power Editor. Macam biasa, saya ini pun memang suka cara yang percuma. Anda tidak perlukan software ini untuk mencari target market anda. Cukup dengan kedua-dua teknik ini pun sudah memadai. Hasilnya pun memberangsangkan. Tetapi jika anda tanya pendapat peribadi saya, gunakan Social Lead Freak mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika anda hendak menggunakan jalan percuma, anda bolehlah gunakan kedua-dua teknik itu.

Power Editor

Tidak kiralah apa cara yang anda pilih, yang kita hendak lakukan di sini adalah mendapatkan target audience yang tepat. Ini penting supaya Ads anda lebih efektif, dapat CTR yang tinggi dan boleh mencapai 1 sen per klik.

Apakah pendapat anda? Sekiranya anda belum pernah menggunakan Power Editor, adakah anda akan menggunakannya sekarang? Beritahu saya.

10 comments… add one
  • terima kasih atas info ini, dah lama cari..=)

  • kalau pake “FB LeadChef” gimana mas bro apa juga efektif…soalnya punyanya yang itu

  • kahazmi

    saya masih belum faham lagi sifu apa yg sifu terangkan semua tu, hu..hu…

  • Azri

    Cmne sy nak beli software tu..blh bg caranya

  • Cheta

    Salam…Saya berminat nak beli software tu..bole bagi email address tak…cari2 tak jumpa plak kt sini.huhu

  • kamal

    Nak tanya Tuan. Setakat hari ini 02/10/2015, adakah teknik gunakan software Social Lead Freak mendapatkan UID di page masih boleh digunakan dan tidak pula akn diban oleh FB nanti ? Kalau tiada masalah saya inigin mendapatkan software ini sekarang dari Tuan. Pohon Tuan respon.

  • athirah

    Xboleh guna software tu dah ya? kalau nk trace guna emel mcm mna? Ada cara x? ?

Leave a Comment

Read more:
Teknik Untuk Menukar Nama Facebook Fan Page Yang Melebihi 200 Likes

[Update Terkini: 16/5/14. Facebook telah update dan cara ini tidak berfungsi lagi. Sekiranya anda tahu cara yang lain sila hubungi...

Close