≡ Menu
HakimiNurazlan.Com

Tingkatkan Sales Online Anda Sebanyak 599% Dengan Menggunakan Ini

hakiminurazlanTahukah anda terdapat satu strategi untuk meningkatkan jualan online anda setinggi 599%? Jangan risau, saya jamin tiada teknik-teknik merapu atau apa-apa jampi serapah yang terlibat.

Kebanyakan orang apabila bermula untuk menjual barang secara online, mereka selalunya meletakkan sebanyak mungkin produk-produk yang berkaitan. Mereka beranggapan bahawa memiliki banyak produk berkaitan akan meningkatkan jualan online mereka.

Ini adalah disebabkan kebanyakan orang menganggap bahawa “lagi banyak, lagi bagus”, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Jika anda bercadang untuk meningkatkan jualan setinggi 599% anda mestilah selaraskan produk anda.

Izinkan saya berkongsi tentang satu kajian yang dijalankan di Universiti Columbia mengenai ini.

Strategi Jualan Online Tinggi: Lagi Kurang Pilihannya, Lebih Tinggi Jualannya

Seorang professor Universiti Columbia telah menjalankan satu eksperimen di mana professor tersebut telah membuka sebuah gerai menjual jem di sebuah kompleks pasaraya terkemuka, pada hari Sabtu untuk dua minggu berturut-turut.

Pada Sabtu yang pertama, 20 jenis jem dijual manakala pada Sabtu yang kedua, hanya 6 jenis jem yg dijual.

Cuba anda teka. Yang mana satu lebih tinggi jualannya?

Seandainya mengikut teori “lagi banyak, lagi bagus”, semestinya gerai yang mempunyai 20 jenis jem terjual lebih banyak. Tetapi bukan itu yang berlaku.

Untuk gerai yang menjual 20 jenis jem, sebanyak 60% pelanggan berhenti melihat dan 3% daripadanya membeli. Manakala gerai yang menjual 6 jenis jem, sebanyak 40% berhenti melihat tetapi 30% daripadanya membeli.

Keputusan yang amat berbeza. Walaupun gerai 20 jenis jem lebih ramai yang singgah, tetapi gerai yang punyai 6 jenis jem yang terjual lebih tinggi. Lebih kurang 6 kali lebih tinggi. Lebih tinggi sebanyak 599% peratus.

Mengapa Begini?

Apabila kita membeli sesuatu barang, kita menggunakan minda untuk membuat pilihan, dan ia adalah proses yang memenatkan. Seseorang itu perlu mencari sesuatu produk yang sesuai, menganalisa harga dengan pesaing, kemudiannya barulah membuat keputusan sama ada hendak membelinya atau tidak.

Jadi sekiranya anda mempunyai katalog produk yang terlalu banyak, pelanggan anda terpaksa membuat analisa tadi untuk setiap jenis barangan anda.

Dan ia sangatlah membebankan!

Hendak dipendekkan cerita, apabila seseorang itu diberi terlalu banyak pilihan, seseorang itu lebih cenderung untuk tidak memilih apa-apa dan terus berlalu pergi begitu sahaja. Inilah yang berlaku pada eksperimen professor tadi.

Apabila 20 jenis jem menjadi pilihan, 97% tidak membeli apa-apa. Tetapi apabila hanya 6 jenis jem menjadi pilihan, 30% sekurang-kurangnya membeli 1.

Yang menjadi persoalan adalah berapa jumlah produk yang patut anda tawarkan kepada pengguna?

Berapa Jumlah Produk Yang Patut Anda Tawarkan Untuk Meningkatkan Jualan Secara Online?

Kurangnya pilihan bermakna lebih tinggi jualannya di kompleks membeli belah. Tetapi bagaimana pula ketika di online? Berapa yang patut kita tawarkan?

Walaupun jumlahnya berbeza mengikut pasaran masing-masing, tetapi jumlah yang saya cadangkan adalah di antara 1 hingga 6. Izinkan saya untuk menjelaskan.

Kedai Online

Jika anda adalah pemilik kedai online, anda patut menawarkan antara 4 hingga 6 produk.

Pengguna yang suka singgah di kedai online, selalunya suka melihat-lihat (window shopping) sebelum membeli, maka dengan menawarkan antara 4 hingga 6 produk dapat menarik perhatian tanpa membebankan mereka.

Sebagai contoh, Amazon hanya menunjukkan paling tinggi sebanyak 6 buah buku pada “up sale” mereka.

Pengguna jenis ini amat suka untuk melihat-lihat terlebih dahulu sebelum membeli.

Produk Digital (Produk Informasi)

Jikalau anda adalah seorang penjual produk informasi, anda sepatutnya hanya menjual satu produk pada sesuatu masa. Inilah rahsia para IM yang berjaya.

Sebabnya adalah mudah sekali. Pengguna akan membeli produk daripada seseorang yang pakar dan berkredibiliti dalam sesuatu bidang. Jika anda menjual banyak produk sampingan, maka pengguna tidak akan menganggap anda sebagai pakar.

Yang penting adalah anda memberi fokus dan tumpuan pada satu produk dalam satu masa.

Jika anda hendak menjual lebih daripada satu produk, maka anda digalakkan menjual di laman web yang lain. Maka fokus anda pada sesuatu produk tidak akan terjejas.

Kesimpulannya

Saya amat mencadangkan supaya anda menyelaraskan produk-produk untuk meningkatkan jualan online anda. Menyelaraskan maksudnya di sini adalah merekacipta satu produk yang jelas dalam matlamat. Sebagai contoh:

  1. Produk untuk “ayat jualan copywriting power” – untuk meningkatkan sales
  2. Produk untuk pengguna “mid” – lebih fokus kepada SEO, branding dan design
  3. Produk untuk pengguna “advanced” – lebih mengutamakan kehendak pelanggan

Apakah pendapat anda? Adakah anda akan menyelaraskan produk anda atau tidak? Tinggalkan komen.

Jangan lupa untuk daftarkan nama untuk mengikuti blog HakimiNurazlan.Com untuk mendapat lebih banyak strategi pemasaran online yang berkesan.

 

1 comment… add one
  • razak yusop

    saya suka artikel anda yang berinformasi. Tq.

Leave a Comment

Read more:
4 Langkah SIMPLE Untuk Membina Kempen Newsfeed Ad Yang Berkesan: Langkah #2 – Rahsia Membuat Post KHAS Untuk Iklan NEWSFEED

Untuk langkah kedua, saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuat post khas hanya untuk menjalankan kempen iklan di Newsfeed. Di langkah...

Close