≡ Menu
HakimiNurazlan.Com

2016 : Tahun Strategi Instagram

Baru-baru ini untuk mencari keuntungan di Facebook telah menjadi amat sukar. Jika anda telah mengikuti saya selama ini, anda pasti sedar medium yang saya gunakan adalah Facebook. Saya theamat fanatik kepada Facebook Ads. Tetapi pulangannya sejak tahun lepas amat berkurangan. Antara faktornya adalah :

  • Persaingan terlalu ramai, menyebabkan kos ads melambung tinggi
  • Fanpage sudah tidak efektif seperti dahulu, kurang 10% yang dapat lihat post kita di newsfeed
  • Pelbagai peraturan baru yang telah diperkenalkan dan mengganggu iklan
  • Cepat sangat iklan diflagged oleh Facebook

Oleh itu, untuk tahun ini, saya telah membuat keputusan untuk beralih seketika platform kita daripada Facebook kepada Instagram. Kita masih lagi akan berbicara mengenai ads di Facebook, cuma akan berkurang sedikit dan fokus kita akan lebih kepada Instagram.

Kenapa saya beralih kepada Instagram?

  • 30 Billion gambar dikongsi setiap hari
  • 2.5 Billion Likes setiap hari
  • 70 Juta gambar di upload setiap hari

Bukan itu sahaja, Instagram telah mencatat rekod penggunaan melebihi 58 kali daripada Facebook, 120 kali lebih daripada Twitter. Potensi niche market yang belum diterokai adalah amat luas. Ketika pesaing anda masih sibuk untuk membuat Facebook ads, ketika inilah kita hendak beralih ke Instagram sebelum terlambat. Jangan sampai semua dah menggunakan Instagram anda baru hendak bermula.

Jika anda seperti saya, anda pasti telah membeli pelbagai produk, telah menghadiri pelbagai kursus mengenai Facebook ads, dan Instagram dan macam-macam lagi platform yang lain, sampai anda naik pening dan akhirnya satu benda pun anda tak guna. Bermacam-macam teknik yang anda pelajari, tapi hasilnya suam-suam kuku saja, ataupun anda sudah tak ingat dan langsung tidak menggunakannya. Kemudian, anda sign up pula kelas lain, dan beli pula produk yang lain dengan harapan anda akan pelajari teknik yang baru. Tetapi tengok-tengok teknik yang sama juga. (atau ada yang tak berkesan langsung). Sudah berapa anda bayar untuk kelas-kelas dan produk-produk seperti ini? Di sinilah saya akan membantu anda melalui blog ini.

Sebagai seorang IM, saya akan buat research dan akan membeli segala produk mengenai Facebook Ads dan Instagram. Saya akan pelajari semua teknik-teknik yang di ajari oleh “sifu-sifu” Facebook dan Instagram. Kemudian saya akan kaji dan buat eksperimen dan tapis. Mana-mana teknik yang berkesan saya akan dedahkannya dan ajari tuan-tuan dan puan-puan yang membaca blog ini secara PERCUMA! Ya, saya tidak menipu. Suka saya katakan di sini saya bukanlah seorang sifu, tok guru atau apa-apa. Saya cuma sampaikan apa yang berkesan dan benda yang saya telah cuba sendiri. Bahan-bahan di dalam blog ini semuanya percuma. Inilah teknik eksklusif yang hanya pembaca saya akan dapat. Kandungan yang dikeluarkan oleh saya 90% percuma dan cuma 10% berbayar. Anda boleh menikmati kandungan 90% bahan percuma, dan semestinya 10% kandungan yang berbayar adalah amat eksklusif dan dijamin berkesan. Setakat ini saya telah berhabis empat angka untuk researching sahaja. Kandungan 90% percuma saya lebih bernilai dan berbaloi daripada 100% kandungan berbayar yang ada di luar sana.

Jadi, untuk tahun 2016 ini kita akan fokus kepada teknik pemasaran Instagram. Ada bermacam-macam cara yang akan saya dedahkan. Di antara beberapa kelebihan Instagram adalah:

  • Tidak perlu pelajari teknik pemasaran yang perlu dikuasai seperti Facebook
  • Tidak perlu belanja banyak duit untuk dapatkan trafik
  • Tidak perlu cuba-cuba

Kita akan pelajari modul-modul di bawah ini secara percuma di blog ini:

  • Memahami permainan Instagram
  • Mencipta profil Insta yang orang tak boleh tahan nak komen
  • Optimumkan profil Insta dengan cara yang betul
  • Membuat Insta CTA (Call to action)
  • Mendapatkan trafik percuma di Insta
  • Mendapatkan trafik berbayar di Insta
  • Dan bagaimana untuk mencantumkan akaun untuk membina email list (paling penting)

Selamat tahun baru 2016! Dan Insya Allah kita akan mulakan pembinaan pemasaran Instagtam!

 

5 comments… add one

Leave a Comment

Read more:
Apa Itu Lookalike Audience?

Ketika anda upload Custom Audience saya pasti anda ternampak satu butang yang tertulis "Create Similar Audience". Sekiranya anda menggunakan Custom...

Close