≡ Menu
HakimiNurazlan.Com

4 Langkah SIMPLE Untuk Membina Kempen Newsfeed Ad Yang Berkesan: Langkah #1 Membina Fan Page

Adakah anda masih tak dapat trafik yang melimpah melalui FB Ads?RNFA2

Anda perlu ambil serius apa yang bakal saya dedahkan ini. Khas untuk Pengguna FB Ads, sudah tiba masanya untuk kaut keuntungan MAKSIMUM daripada newsfeed ad!

Melalui sistem ini anda akan dapat:

  • Target Customer yang 100% akan memberi CTR yang tinggi
  • Anda boleh set iklan dalam masa beberapa minit dan dapat CTR tinggi (kurang kos, ROI tinggi)
  • Iklan anda akan menarik perhatian pengguna serta merta!
  • Anda boleh guna 4 langkah SIMPLE yang boleh mendapatkan jualan sepantas kilat…

Semua ini hanya PERCUMA sahaja!

Baca lagi untuk ketahui selanjutnya…

=> Rahsia Bagaimana Membuat Newsfeed Ad Yang Berkesan

Rahsia Newsfeeed FB Ads mengandungi PENDEDAHAN:

4 Langkah SIMPLE Untuk Membina Kempen Newsfeed Ad Yang Berkesan

Langkah 1 – Membina Fan Page KHAS Untuk Newsfeed Ad

Anda tahu bagaimana nak setup fan page?

Bagus!

Tetapi bila anda menggunakan Newsfeed sebagai iklan anda, ada beberapa strategi BARU yang perlu anda tahu.

Di langkah ini, anda akan mengetahui:

  • Elak kesilapan yang paling kerap dilakukan apabila menggunakan newsfeed ad.. tip ini sahaja boleh LIPATGANDAKAN jualan anda
  • 2 tip mudah untuk page anda supaya CTR meningkat dan ROI meledak
  • Bagaimana memilih gambar yang menarik perhatian untuk page anda (anda boleh dapat CTR tinggi dengan melakukan ini)

Langkah 2 – Rahsia Membuat Post KHAS Untuk Iklan Newsfeed

Terdapat dua cara membuat post. Satu cara yang salah dan satu lagi cara yang betul.

Malangnya, masih ramai yang membuat post dengan cara yang salah.

Tetapi anda tidak akan lagi buat kesalahan ini!

Di langkah ini anda akan mengetahui:

  • Cara yang salah untuk membuat post (saya lihat RAMAI yang lakukannya) dan bagaimana nak elakkannya
  • Satu tip mudah untuk menggandakan klik CTR dan mengurangkan kos ad
  • Di tempat mana ad anda yang paling mustahak untuk anda beri perhatian (buat ini dan jualan akan meledak)

Langkah 3 – Membuat Ad untuk Newsfeed

Masa untuk mendapatkan trafik.

Anda bakal dapat trafik yang mencurah-curah…

  • Cara yang paling senang untuk memulakan kempen ad dengan segera
  • Tip mudah Power Editor untuk Targeted Audience
  • Satu kesalahan yang boleh meruntuhkan kempen anda (bila anda tahu pasti tak buat lagi dah)

Langkah 4 – Rahsia Targeted Audience Dengan Teknik Zero In

Saya tak suka main agak-agak.

Belajar untuk target audience yang tepat, pasti sales akan melonjak!

Anda bakal kuasai:

  • Lubuk duit tersembunyi Facebook yang memberi semua info tentang prospek dan bagaimana nak mendapatkannya
  • Satu teknik mudah untuk kurangkan kos ad (wajib buat)

Khas Bagi Anda yang Betul-Betul Nak Kempen Newsfeed Yang MELETUP.

Kita akan mulakan Langkah #1 sekarang.

Langkah 1 – Membina Fan Page

Amat penting untuk saya beritahu kita akan membuat satu fan page dengan cara yang berbeza sedikit.

Jika anda pernah buat iklan Facebook sebelum ni, anda pasti gunakan teknik copywriting seperti “Klik Sini Jika….”, “Jom Cepat Dapatkan…” atau apa-apa sahaja sepertinya.

Apabila anda pilih iklan untuk muncul di ruang kanan Facebook, maka kejayaan kempen anda banyak bergantung kepada teknik copywriting dan gambar yang menarik untuk iklan tersebut.

Tetapi jika anda menggunakan Newsfeed, tekniknya berlainan.

Ini kerana first impression untuk iklan Newsfeed adalah nama fan page anda. Lihat contoh di bawah. Saya sudah bulatkan nama fan page tersebut.2Kerana itulah nama fan page anda penting.

Anda boleh pilih apa-apa nama, tetapi perlu juga ikut niche anda, jangan lari terlalu jauh pula.

Sebagai contoh kalau niche anda ialah fitness/kesihatan, maka nama page anda sudah pastilah seperti Mister Fitness, Fitness World, Fitness City, Encik Sihat atau apa-apa sahaja yang berkaitan.

Satu tip kecil (tetapi penting!) daripada saya. Ketika menamakan fan page pastikan nama fan page tidak lari jauh daripada tawaran anda.

Contohnya katakan saya hendak menjual satu ebook yang bertajuk Secrets To Candy Crush Success untuk iklan saya.

Maka di fan  page, saya akan letak nama fan page sebagai Candy Crush Secret. Rujuk gambar di bawah.

6

Melalui cara ini, prospek akan faham serta merta apa yang mereka akan dapat hanya dengan melihat tajuk page.

Ia seperti satu tajuk besar yang menunjukkan kebaikan untuk terus klik iklan tersebut.

Selain daripada nama fan page anda, perkara kedua paling penting adalah gambar iklan.

Gambar iklan anda hendaklah gambar yang berbeza daripada post yang biasa kita lihat di Newsfeed.

Apabila kita scroll down Newsfeed kita, biasa kita akan lihat gambar kawan-kawan tengah makan, tengah minum, tengah lepak atau apa-apa sahaja yang mereka kongsi. Maka sebab itu gambar iklan anda perlu lain sedikit untuk menarik perhatian. Seperti contoh di bawah.

5Gambar seperti ini berlainan dan ia agak menonjol daripada gambar sekitar Newsfeed. Gambar ini juga berlawanan dengan laman Facebook yang berwarna biru dan putih, membuatkan gambar ini menarik perhatian prospek yang melihat.

Pastikan anda ingat dua point ini apabila membuat fan page.

1. Prospek akan nampak nama page anda dahulu sebab itulah kena letakkan nama fan page yang berkaitan dengan tawaran anda
2. Gunakan gambar yang besar dan menonjol.

Saya akan membina satu page sebagai contoh. Klik link create page di Facebook.

6Pilih Cause or Community, kemudian masukkan nama page anda. Untuk contoh saya letakkan Candy Crush Secret. Tekan Get Started.

Kemudian masukkan apa-apa description ke page anda. Saya cuma masukkan tawaran saya. Kemudian tekan Save Info.

7Buat masa ini description tidak penting kerana kita hanya akan melakukan iklan kempen di Newsfeed menggunakan post (kita akan berbincang mengenainya di modul 2).  Description ini hanya berguna untuk kempen iklan lain seperti naikkan Likes.

Seterusnya anda perlu pilih gambar profil fan page.

Saya pilih gambar di bawah kerana ia berwarna-warni dan sangat menonjol. Anda boleh pilih gambar yang anda suka.

Walaupun gambar ini tidak penting kerana ini hanya gambar profil fan page (bukan gambar iklan) tetapi kalau boleh anda pilihlah gambar yang tiada warna biru dan putih.

8Tekan Next dan Skip untuk dua lagi pilihan seterusnya dan kita sudah selesai membina fan page kita.

9Tidak perlu letak cover page pun tidak mengapa. Ini sahaja yang kita perlukan untuk fan page. Selepas ini, kita akan belajar membuat post pula.

Untuk itu, kita akan bersambung pada post yang seterusnya, iaitu:

Langkah 2 – Rahsia Membuat Post KHAS Untuk Iklan NEWSFEED

Saya amat berharap anda mendapat sesuatu yang baru melalui post ini. Sekiranya ya, sudi-sudikanlah untuk berkomen dan memberitahu saya. Jika tidak belajar pun anda boleh komen juga. 🙂

 

15 comments… add one
  • Assalamualaikum.

    Perkongsian ini amat membantu. Inginkan ilmu lagi, bila sambungannya?

  • Memang terbaik tips ini dan saya nantikan tips yang seterusnya.

  • terima kasih tuan utk perkongsian ini..
    sangat2 membantu.. 🙂

    bila akan keluar sambungannya plak utk #Langkah 2?

  • Insha Allah tidak lama lagi.. 🙂

  • slm hakimi,i dah follow step u bg utk addmefast.tp bila i msk dlm link demo-firefox file dia jd lain dan i x boleh nak play coz play tu pun x boleh nak click sbb dia x active.boleh bantu i ke hakimi.terima kasih.

  • Shamsul

    Salam Tuan Hakimi,sy dh email kt email tuan.cuma khuatir tuan blum baca lgi,so sy nytakan kt sini jgklah problem sy.Sprti yg tuan ajar,saya dh follow step2 addmefast mggunakan autoskrip tu,dan iA menjadi.cuma ia ttup terlalu cepat shggakn like xsmpt ditekan oleh sistem auto tu dan kerap jgk kluar PopUp mcm ni
    ‘Oops! Something went wrong. You are closing the popUp too fast’. Adakah masalah ni disebabkn oleh replayspeed yg terlalu singkat or mcm mana?Sy pun xbrapa nk thu sgt mcm mana nk explain.Mgkin tuan sndri ingin lihat pada page sy ape yg sy mksdkn .Terima kasih bnyk tuan.Tips2 sgt2 mmbntu dan sy juga menantikan langkah 2 -Rahsia membuat post newsfeed.Syabas Tuan Hakimi Nurazlan.

  • Nurul habibah

    Saya tertunggu2 sambungannya tips ke 2

  • jameela

    saya tunggu sambungannya. tips2 penting untuk online marketers.

  • tips buat fanpage terbaik, bila sambungannya?

  • nurul

    saye nak tye,sye buat addmesfast tu knp x jd ye?

  • siti

    terima kasih…perkongsian yg membantu…..

  • Nor Hapizah Harun

    Terima Kasih, sangat membantu saya untuk faham lebih mudah

Leave a Comment

Read more:
Rahsia Untuk Menaikkan Harga Produk Anda 73%

Adalah satu pengetahuan umum bahawa harga produk merupakan satu permainan psikologi manusia. Jika harga anda terlalu rendah, orang ramai mungkin...

Close