≡ Menu
HakimiNurazlan.Com

4 Langkah SIMPLE Untuk Membina Kempen Newsfeed Ad Yang Berkesan: Langkah #2 – Rahsia Membuat Post KHAS Untuk Iklan NEWSFEED

rahsianewsUntuk langkah kedua, saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuat post khas hanya untuk menjalankan kempen iklan di Newsfeed.

Di langkah ini anda akan pelajari :

  • Cara yang salah untuk membuat post (saya lihat RAMAI yang lakukannya) dan bagaimana nak elakkannya
  • Satu tip mudah untuk menggandakan klik CTR dan mengurangkan kos ad
  • Di tempat mana ad anda yang paling mustahak untuk anda beri perhatian (buat ini dan jualan akan meledak)

Terdapat dua cara untuk membuat post tersebut.

Satu cara yang salah. Dan satu lagi cara yang betul.

Saya akan menunjukkan kedua-duanya supaya anda faham bagaimana untuk membuat post yang betul.

Kita akan melihat cara yang salah terlebih dahulu. Rujuk gambar di bawah.

10Ini adalah satu iklan Newsfeed yang di buat oleh sebuah syarikat ternama.

Perhatikan kepada gambar tersebut. Ada tertulis Click Here di situ. Maka kita pun klik kepada gambar tersebut.

Apabila kita klik kepada gambar itu, kita akan pergi kepada popup ini.

11

Setelah popup ini muncul barulah kita boleh klik kepada link yang terdapat squeeze page (saya sudah highlight di gambar) untuk iklan ini.

Ini adalah cara yang salah untuk membuat iklan yang berkesan.

Kerana prospek terpaksa klik dua kali hanya untuk pergi ke squeeze page. Ramai prospek hanya akan klik kemudian melihat gambar dan tutup.

Kita hanya ada satu peluang untuk menarik perhatian dan kalau terlepas kita tidak akan dapat tarik balik prospek tersebut lagi.

Kalau anda perhatikan pada iklan ini, memang terdapat satu link di yang boleh di klik prospek.

Tetapi untuk strategi yang lebih berkesan, kita mestilah membuat seluruh kawsan iklan kita akan terus direct pergi kepada squeeze page apabila diklik.

Kalau boleh kita tidak mahu popup ini muncul jika prospek klik iklan kita. Yang kita mahukan adalah terus direct pergi kepada squeeze page atau tawaran kita.

Seperti contoh di bawah. Kawasan yang saya tanda dengan kotak merah. Keseluruhan kawasan ini perlu terus pergi kepada squeeze page apabila di klik.

12Bagaimana nak buat? Di bawah ada satu contoh.

13

Apabila kita klik di mana-mana kawasan di iklan itu. Kita akan terus direct pergi ke squeeze page. Cara inilah yang betul dan lebih berkesan berbanding tadi.

Setiap kali prospek klik iklan kita, prospek akan dibawa terus ke squeeze page atau tawaran tanpa perlu untuk klik sekali lagi.

Saya akan tunjukkan bagaimana hendak membuat iklan seperti ini.

Mula-mula, pergi ke power editor. https://www.facebook.com/ads/manage/powereditor/ (guna Google Chrome)

Kemudian, pergi ke sudut kiri atas sekali dan klik kotak biru itu. Akan muncul satu dropdown. Klik Manage Pages.

16

Pilih page yang anda hendak buat iklan. Sebagai contoh, saya pergi ke Candy Crush Secret yang baru saya buat tadi. Kemudian klik Create Post.

17

Popup seperti ini akan muncul. Anda hanya perlu isi di kotak seperti yang saya buat di bawah untuk siapkan iklan ini laju-laju.

18

  • URL : Letak URL squeeze page anda. Kalau tak ada boleh juga letak URL page. Tetapi yang paling baik adalah URL squeeze page
  • Post Text : Di sinilah anda letak ayat copywriting anda

Kemudian pilih gambar. Pastikan anda pilih gambar yang menonjol.

20

Kemudian klik Create Post.

Facebook akan memproses post anda.

21Apabila siap, anda akan dapat melihat page seperti ini.

23Perhatikan kotak merah di gambar bawah.

22Apabila post anda dibuat melalui power editor, bentuk separa bulan akan muncul di kiri. Ini bermakna post anda yang ini adalah Post Gelap. Post Gelap bermaksud post ini belum muncul secara rasmi di page anda. Jika anda pergi ke page anda sekarang post ini tidak akan muncul di page.

Anda boleh cuba pergi ke page anda seperti biasa dan lihat sendiri. Post separa bulan ini tidak akan muncul di page anda. Post itu sebenarnya ada tapi di belakang tabir.

Kalau nak post ini muncul di page, anda boleh tekan Publish Post. Buat masa ini kita tidak perlu buat.

24

Maka dengan ini siaplah post yang kita hendak buat dari mula tadi. Post ini sudah dioptimumkan dan siap sedia untuk diiklankan.

Untuk membina iklan, kita akan ke langkah yang ke 3 pula di post yang akan datang.

 

4 comments… add one

Leave a Comment

Read more:
Tingkatkan Jualan Dengan Kuasa Facebook Power Editor

Pernahkah anda mendengar Power Editor? Sudahkah anda menggunakannya? Jika ya, anda bijak. Jika belum, bila lagi? Sudah tiba masanya untuk...

Close