≡ Menu
HakimiNurazlan.Com

Selamatkan Bisnes Online Anda Dengan Email List

Baru-baru ini, Facebook telah melakukan rombakan besar terhadap Fan Page. Mana-mana Fan Page yang didapati

businesswomen drawing a marketing diagram on a whiteboard (selective focus)

mendapatkan Likes secara “tak sah”, maka Fan Page tersebut akan di Unpublish begitu sahaja oleh Facebook tanpa amaran.
Ramai rakan IM saya yang terkena dengan rombakan ini. Ada yang semua Fan Page mereka di Unpublish, ada yang separuh, tetapi ada juga yang terselamat.Hakikatnya adalah kita hanya menumpang Facebook untuk berbisnes. Maka kita terpaksa mengikut peraturan yang dikenakan oleh Mark Zuckerberg. Maka sebab itu kita tidak hanya boleh bergantung kepada Facebook semata-mata untuk bisnes kita. Perubahan pada peraturan Fan Page atau pengiklanan (FB Ads) bila-bila sahaja boleh berlaku. Sedar-sedar sahaja iklan kita pula yang tak di approve oleh Facebook.
Oleh itu, kita mestilah membuat backup plan dan mempunyai platform lain supaya kita tak “terduduk” dan HILANG semua customer kita sekiranya ada berlaku lakukan rombakan atau perubahan seperti ini.Macam mana nak bersedia menghadapi rombakan ini lagi? (Jika berlaku)Satu caranya adalah kita kumpul dan simpan database customer kita.Kepentingan Membina Email List

Membina Email List adalah cara yang paling efektif untuk berkomunikasi dengan prospek dan customer anda. Keuntungan membina email list:

1. Anda mengawal website anda sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana platform.

2. List anda, anda simpan sendiri dan boleh digunakan sampai bila-bila.

Itu hanyalah sebahagian daripada kebaikan membina email list anda. Saya akan sambung lagi bagaimana utnuk membina email list anda sendiri pada post yang akan datang.

 

0 comments… add one

Leave a Comment

Read more:
Panduan Asas Facebook Ads

Ramai yang bertanyakan saya tentang bagaimana untuk memulakan pengiklanan di Facebook. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk membuat satu panduan...

Close